Monday, June 27, 2011

Tahniah !!




















Salam Sejahtera
Kepada semua sahabat Kembara Tukang Gambar,

Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Tuan/Puan turut serta Sembang-sembang Online yang pertama kali diadakan bersama Kembara Tukang Gambar untuk meraikan perasmian & pelancaran Photoblog ini secara online.

Semoga dengan sokongan yang diberikan , matlamat dan impian Kembara Tukang Gambar akan tercapai.

Untuk pengetahuan anda semua, pertemuan semasa sessi Sunrise photoshoot di Mersing oleh Sdr. Kamal Mohd, Sdr. Nordin, Sdr. Mohd Zaidi dan Adik Emir Safuan telah mencetuskan idea untuk berkongsi gambar dan meneruskan perhubungan melalui facebook . Selepas sebulan dan sehingga Photoblog ini dilancarkan ahli di facebook kami yang sebelum ini dikenali sebagai Kembara JEQ789 ini telah bertambah ahlinya sehingga melebihi 30 orang .

Selain dari berkarya dan memberikan komen yang membina kepada gambar rakan-rakan kami, Pilihan Gambar Mingguan merupakan aktiviti pertama yang cukup menarik minat dan lebih 120 keping gambar telah dimuatkan dalam album facebook kita dalam tempoh empat minggu. Saya percaya, ahli Kembara Tukang Gambar akan terus bertambah dengan lebih cepat pada masa akan datang..

Photoblog ini diujudkan adalah sebagai usaha untuk mengiktiraf dan mengembangkan kreativiti seni fotografi kami dan dalam masa yang sama dapat kita mengeratkan lagi hubungan silarurrahim antara kita.

Pada masa akan datang, kita berhasrat photoblog Kembara Tukang Gambar ini bukan hanya sekadar untuk memuatkan karya-karya menarik melalui gambar/fotografi tetapi insyaallah banyak lagi aktiviti-aktiviti lain untuk menjadikan photoblog sebagai asas untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dengan cara menganjurkan kursus meningkatkan kemahiran fotografi, aktiviti sosial sambil beriadah, aktiviti pelancungan dan juga jika dizinkan Allah menganjurkan aktiviti perniagaan yang berkaitan dalam bidang fotografi.

Tahniah dan Terima kasih sekali lagi kepada semua sahabat Kembara Tukang Gambar yang telah berusaha dan memberikan sokongan dari segi moral dan buah fikiran secara bersungguh-sungguh untuk merialisasikan photoblog Kembara Tukang Gambar ini.

Sekian .

Tahniah dan Hidup KTG !!!

Blog Administrator
Kembara Tukang Gambar
27/06/2011

1 comment:

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan awal rakan KTG semasa pelancaran blog,, harap dapat beri menfaat pada semua

    ReplyDelete