Wednesday, June 29, 2011

HDR Fotografi

Apa itu HDR ?
(High Dynamic Range)

Sila rujuk sini :
1) HDR Photography
2) HDR Tutorial

Sepanjang bulan June , disamping kita melayan komen-komen dari album Gambar Pilihan Mingguan KTG (Weekly Photo Contest), Seni Fotografi dalam bentuk HDR telah menjadi bahan utama yang dibincangkan dalam facebook KTG. Minat yang mendalam oleh rakan-rakan KTG yang kebanyakkannya masih baru menceburi dunia fotografi dan telah berjaya memuatkan lebih 40 keping HDR foto dalam tempoh 3 minggu.

Diantara gambar-gambar HDR yang telah berjaya menarik perhatian dari rakan-rakan Kembara Tukang Gambar sepanjang bulan June yang lalu adalah :

1) Mersing - Kamal Mohd















2)Jambatan Keretapi Sungai Segamat - Taufik Ithnin
















3)Pasir Gudang - Mohd Sobri
















4) Gunung Ledang - Nordin Othman















Alhamdulillah.. KTG rasa amat beruntung kerana ramai rakan-rakan yang tidak lokek ilmu dan idea untuk dikongsikan dan kita percaya bahawa kritikan dan cadangan membina yang ikhlas akan dapat membantu rakan-rakan KTG meningkatkan lagi kemahiran kita dalam dunia fotografi HDR.

Semoga rakan-rakan KTG akan terus mengembara merakamkan banyak lagi pemandangan yang "indah bagaikan lukisan".

Koleksi Gambar HDR - Bulan June yang lain sila klik sini

Monday, June 27, 2011

Tahniah !!




















Salam Sejahtera
Kepada semua sahabat Kembara Tukang Gambar,

Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Tuan/Puan turut serta Sembang-sembang Online yang pertama kali diadakan bersama Kembara Tukang Gambar untuk meraikan perasmian & pelancaran Photoblog ini secara online.

Semoga dengan sokongan yang diberikan , matlamat dan impian Kembara Tukang Gambar akan tercapai.

Untuk pengetahuan anda semua, pertemuan semasa sessi Sunrise photoshoot di Mersing oleh Sdr. Kamal Mohd, Sdr. Nordin, Sdr. Mohd Zaidi dan Adik Emir Safuan telah mencetuskan idea untuk berkongsi gambar dan meneruskan perhubungan melalui facebook . Selepas sebulan dan sehingga Photoblog ini dilancarkan ahli di facebook kami yang sebelum ini dikenali sebagai Kembara JEQ789 ini telah bertambah ahlinya sehingga melebihi 30 orang .

Selain dari berkarya dan memberikan komen yang membina kepada gambar rakan-rakan kami, Pilihan Gambar Mingguan merupakan aktiviti pertama yang cukup menarik minat dan lebih 120 keping gambar telah dimuatkan dalam album facebook kita dalam tempoh empat minggu. Saya percaya, ahli Kembara Tukang Gambar akan terus bertambah dengan lebih cepat pada masa akan datang..

Photoblog ini diujudkan adalah sebagai usaha untuk mengiktiraf dan mengembangkan kreativiti seni fotografi kami dan dalam masa yang sama dapat kita mengeratkan lagi hubungan silarurrahim antara kita.

Pada masa akan datang, kita berhasrat photoblog Kembara Tukang Gambar ini bukan hanya sekadar untuk memuatkan karya-karya menarik melalui gambar/fotografi tetapi insyaallah banyak lagi aktiviti-aktiviti lain untuk menjadikan photoblog sebagai asas untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dengan cara menganjurkan kursus meningkatkan kemahiran fotografi, aktiviti sosial sambil beriadah, aktiviti pelancungan dan juga jika dizinkan Allah menganjurkan aktiviti perniagaan yang berkaitan dalam bidang fotografi.

Tahniah dan Terima kasih sekali lagi kepada semua sahabat Kembara Tukang Gambar yang telah berusaha dan memberikan sokongan dari segi moral dan buah fikiran secara bersungguh-sungguh untuk merialisasikan photoblog Kembara Tukang Gambar ini.

Sekian .

Tahniah dan Hidup KTG !!!

Blog Administrator
Kembara Tukang Gambar
27/06/2011

Sunday, June 26, 2011

Fokus Bulan Ini - June 2011
















Tukang Gambar yang menjadi FOKUS BULAN INI
kepada rakan-rakan KTG ialah:

Sdr. Kamal Mohd -
( Kamaluddin Mohamed )
berasal dari Mersing, Johor.

Beliau bukan sahaja aktif dalam KTG tapi merupakan penggerak utama dalam aktiviti komuniti dalam facebook Anak Mersing.

Sepanjang Bulan Jun 2011, Hasil-hasil fotografi yang dipersembahkan dalam seni HDR fotografi menjadi igauan rakan2 KTG.

Kami ucapkan jutaan terima kaseh kepada beliau atas usaha beliau yang tak jemu2 memberi tunjuk ajar kpd rakan-rakan baru KTG yang baru ingin mencuba dan belajar tentang seni HDR fotografi.















Sepanjang pengalamannya yang masih baru dalam bidang fotografi gambar sekumpulan burung kedidi yang terbang berkawan menjadi pilihannya yang melambangkan manusia tidak boleh hidup sendiri tanpa bermasyarakat/berkawan.

Hasil2 kerja fotografi beliau juga boleh di dapat dari AnakMersing SouvenirShop

Sunday, June 19, 2011

Gambar Pilihan Mingguan (02)


















Gambar
Pilihan Mingguan (02) - Bunga
12-18/06/2011
Pemenang - Mohd Sobri
Tajuk dan Pilihan oleh : Eddy Gracia

Sila klik pada gambar untuk lihat gambar lain.

Monday, June 6, 2011

Gambar Pilihan Mingguan (01)
















Link
Gambar Pilihan Mingguan (01) - Ceria
05-11/06/2011
Pemenang - Eddy Gracia
Tajuk & Pilihan Oleh : Kamal Mohd.

Sila klik pada gambar untuk lihat gambar lain.