Monday, January 2, 2012

Fokus Bulan Ini - January 2012





Anassuwandi Ahmad  merupakan Pelukis sepenuh masa menetap di Alor Setar Kedah. Beliaudilahirkan di sebuah perkampungan nelayan bernama Pekan Kuala Kedah, Kedah. 

1988, beliau mengikuti Kursus Art and Design dan memilih jurusan Seni Halus, Major di dalam Seni Catan dan Minor Seni Arca dan telah tamat pada tahun 1991. 

Semasa dalam pengajian, beliau sangat berminat di dalam seni yang berasaskan kepada bahan campuran dan banyak mengolah dan kombinasikan catan dan arca dalam penghasilan karya.

Beliau juga mengambil inisiatif menjadikan kediaman beliau sebagai sebuah studio dan Galeri Seni. Sehingga kini beliau terus menerus menghasilkan karya-karya dan melibatkan diri di dalam aktiviti berpameran dan persatuan negeri iaitu Angkatan Pelukis Kedah.

Hasil seni beliau juga menjadi koleksi Balai Seni Visual Negara, Galeri Petronas, Balai Seni Kedah, syarikat-syarikat dan orang perseorangan.

Beliau menjadikan fotografi sebagai hobi utama dengan merakamkan tempat-tempat yang dikunjungi dan lawati serta aktiviti seni beliau. Blog seni beliau ialah http://www.anasgallery.com/  dan blog fotografi ialahhttp://www.rejectphoto.blogspot.com/ 



Nota :
Artikel ini adalah sebagai penghormatan kepada salah seorang pelukis Malaysia yang terkenal merupkan rakan KTG yang aktif berkarya dan bersantai dalam facebook KTG. Kehadiran beliau dalam facebook KTG sangat di senangi  dan telah banyak menceriakan serta memberikan inspirasi kepada rakan-rakan lain dalam KTG untuk terus berkarya di sini. 

No comments:

Post a Comment