Saturday, January 21, 2012

KTG dalam Berita Minggu - Siri ke 2

NOOR AZMI MAT NOR
Editor Foto (Majallah) UNIT FOTO NSTP
18 JANUARI  2012
GALERI FOTO 38
(SAMBUNGAN MINGGU LEPAS)

KEUNIKAN FOTOGRAFI  
(HIGH DYNAMIC RANGE ) HDR (Bahagian 2)


Selamat bertemu kembali diruangan ini, sebelum itu diucapkan tahniah kepada Grup Kembara Tukang Gambar (KTG) yang mana difahamkan laman web yang disiarkan didalam ruangan ini telah naik mendadak kerana dilayari ramai pelawat.


Berbalik pada Fotografi High Dynamic Range (HDR), perkara yang perlu dilakukan
untuk mengambil gambar HDR ialah:


Untuk gambar HDR menggunakan sekurang-kurangnya tiga gambar asas (minima) dengan dedahan berbeza (bracketing)) .Untuk gambar yang lebih baik gunakan dalam format RAW. Ada yang menggunakan sehingga 7 dedahan exposure untuk mandapatkan satu gambar GDR..


Subjek atau objek yang hendak dirakam mestilah sama, digalakkan menggunakan kaki kamera (tripod) ketika mengambil gambar supaya gambar lebih jitu dan tajam (sharp) . Jika tidak, gambar objek yang dihasilkan akan kelihatan bertindih atau ada mempunyai kesan `ghost’


Bracketing boleh dibuat secara secara automatik, berturutan (continous shot) pada mode bracket (bergantung pada aplikasi dalam sesuatu kamera)  atau cara manual menggunakan kelajuan pengatup (shutter speed) yang berbeza-beza tanpa mengubah apertur nya.


Semua gambar yang berlainan exposure tadi akan digabungkan  (merge) di dalam perisian (software) Photomatix untuk dijadikan satu gambar sahaja. Seterusnya proses `tone mapping dibuat untuk menghasilkan gambar HDR dengan menaikkan detail,warna, serta kesan pencahayaan yang lebih baik.


Untuk mendapatkan hasil lebih baik, perhatikan `detail’ dikawasan gelap/bayang samada nampak jelas atau sebaliknya, sekiranya tidak nampak, bermakna gambar itu masih tidak cukup sempurna sepenuhnya, tetapi untuk permulaan orang baru (beginner) perkara sebegini bolehlah  diterima.

  
Selepas siap proses `tone mapping’ di Photomatix, simpan fail (save file) dalam bentuk Jpeg, seterusnya buka fail tadi di perisian Adobe Photoshop . Disini proses mencantikkan warna dilakukan menggunakan `level/color balance’ untuk menyeimbangkan warna, brightness/contrast untuk pencerahan gambar dan sharpness untuk menaikkan detail.
( nama-nama software tertentu yang sesuai untuk olahan HDR ada diterangkan pada minggu lepas)


Untuk perhatian, bagi menghasilkan gambar HDR lebih menarik , subjek yang dirakam harus memiliki warna yang kontras, pencahayaan yang tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu gelap. Selalunya yang akan kelihatan menarik ialah subjek yang menampakkan langit dengan gumpalan awan yang bergerak, sunset, sunrise atau  ketika keadaan cerah dan redup.


Elakkan mengambil gambar ketika suasana matahari terlalu terik dan terlalu gelap , waktu yang baik untuk merakam gambar HDR terutama gambar lanskap  ialah sewaktu matahari terbit hingga 11 pagi dan  antara 2 petang hingga waktu senjabergantung pada keadaan cuaca.


Pada yang hanya mempunyai kamera poket, mereka masih berpeluang menghasilkan gambar HDR itupun jika kamera itu mempunyai  fungsi `mode bracketing’ yang boleh mengawal kecerahan gambar (ada pada sesetengah kamera kompak), dengan mengambil kira  beberapa perkara yang disebutkan diatas tadi.


Tidak perlu merasa risau mengenai jenama (brand) atau mahal murahnya sesuatu kamera, yang penting orang yang dibelakang kamera, atau selalu disebut ( man behind the camera), dialah penentunya. Sebaik mana pun kamera jika tiada sentuhan kreatif dan usaha, apa pun gambar tidak akan menjadi.


Menurut Nordin, fotografi HDR sebenarnya memerlukan kesabaran, selain tahu teknik merakam yang betul serta cara mengolah gambar dengan baik. Kekerapan mengambil gambar dan menghasilkan gambar HDR akan menjadikan seseorang itu lebih mahir dan `matang’, secara tidak langsung hasil mutu HDRnya juga akan dapat meningkat dari hari
ke hari.


Saya masih ingat kata-kata Nordin yang juga antara pengasas KTG ini ”walau bagaimanapun dalam keghairahan kita membuat suntingan (edit) ,bagi menghasilkan gambar HDR, kita mesti berhati-hati ketika menggunakan kaedah ini supaya ia tidak dilakukan dengan keterlaluan/ berlebihan serta tidak menghilangkan sama sekali sifat-sifat semulajadi (natural) pada gambar-gambar tersebut”.

 Jumpa lagi di minggu hadapan dengan skop lain pula iaitu Foto Manipulasi Kehidupan Manusia.


Untuk rujukan penggemar HDR boleh layari mereka di:
Nordin 0137770005, Kamal 0142712580




ISO 100, Apertur f 16,  Lensa 18 mm, Kelajuan Pengatup: 1/ 110 .Pemandangan di Kg Sungai Muka 2 Mersing.
Mengunakan aplikasi tone mapping Photomatix, seterusnya melakukan pelarasan untuk kesan refleksi, ketajaman (sharpen), imbangan pemilihan warna, mengurangkan `noise' dengan bantuan photoshop. 
Gambar Oleh : Kamalludin Mohamad.


ISO 100, Apertur f 22,  Lensa 19mm, Pilihan : apertur priority, Kelajuan Pengatup: 1/  60 ( auto exposure brecketing)) -2 ,0,+2. Pemandangan di Makam Sultan Mahmud, Kota Tinggi. Menggunakan aplikasi `Tone Mapping' dari Photomatix versi 4.1 serta membuat sedikit pembetulan pada gambar dengan 
 Photoshop Cs5 dan  Photoscape versi 3.5.  
Gambar Oleh : Nordin Othman

ISO 100, Apertur f 10,  Lensa 12mm, Kelajuan Pengatup: 10,30 s. Menggunakan format single RAW gambar disalin kepada 3 dedahan bracketing -3 ,0,+3 dalam perisian Lightroom seterusnya dalam Photoshop CS5 bagi menaikkan kontras, `level' dan `curve'. Pemandangan di Masjid AL Hussain, Kuala Perlis.  Filter jenis ND Gradual sunset filter dan CPL juga ada digunakan .
Gambar Oleh : Mohd Sabree Nayan

ISO 100, Apertur f 3.5, Lensa 15mm, Kelajuan Pengatup: 1/2 s.  Menggunakan 3 fail RAW dan menggunakan Photomatix, Lightroom dan Photoshop.  Pemandangan bot nelayan di Kuala Kedah.  
Gambar Oleh : Anassuwandi Ahmad

ISO 100, Apertur f 9,  Lensa 55 mm, Kelajuan Pengatup:  1 / 320. Gambar HDR Masjid Putrajaya ini dibuat dengan menggunakan cantuman gambar 5 dedahan berlainan dedahan (exposure) bracketing +2,+ 1 , 0 , -1 dan -2. Kesemua 5 dedahan berbeza ini di masukkan ke perisian Photomatix Pro 4.0 bagi menghasilkan gambar HDR, ia seterusnya di edit pula dalam perisian  Photoscape dan
Photoshop CS5 untuk kesan  lebih dramatik dan berwarna warni .  
Gambar Oleh : Mohd Shobri Abd Lateh.

Gambar atas ialah hasil cantuman 3 gambar berlainan dedahan (exposure) yang menghasilkan gambar biasa yang lebih detail diedit menggunakan perisian tertentu. 
Gambar Oleh : Nordin Othman.            



No comments:

Post a Comment