Sunday, July 31, 2011

Fokus Bulan Ini - Julai 2011
















Tukang Gambar yang menjadi
FOKUS BULAN INI
kepada rakan-rakan KTG ialah: Sdr. Mohd Zaidi Bin Mohd Abidin
( lebih dikenali sebagai Eddy Garcia
) 29 tahun berasal dari Kg Salang Tioman, Pahang.

Seorang ushawan muda yang kini sedang bersama keluarganya mengusahakan perniagaan di Salang Indah Tioman .

Minatnya yang mendalam dalam bidang fotografi telah membuatkan beliau menjadi salah seorang rakan yang aktif dalam KTG.

Sepanjang Bulan Julai 2011, beliau baru saja mula menceburi seni HDR Fotografi dengan bantuan rakan KTG. Karya awalnya sangat menarik perhatian dan telah terpilih diantara gambar terbaik dari KTG untuk Bulan Julai.

Kehadiran beliau dalam facebook KTG juga buat kita tidak kering gusi dan dimasa lapangnya beliau juga sangat cergas dalam aktiviti komuniti melalui facebook Anak Mersing.

Kembara Tukang Gambar terus melangkah..

Syukur Alhamdulillah KTG menutup tirai bulan Julai dengan penuh keceriaan sambil kita bersama diambang Ramadhan Al-Mubarak.

KTG terus melangkah dengan bertambahnya penyertaan muka muka baru dengan gambar-gambar yang lebih berkualiti.

Teguran dan tunjuk ajar sesama rakan KTG telah banyak membantu rakan-rakan KTG yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia Fotografi.

Sebagai penghargaan kepada rakan-rakan KTG yang aktif berkarya dan tidak jemu2 melawati facebook KTG, kami siarkan beberapa keping gambar yang terbaik dari rakan KTG sepanjang bulan Julai.

Batu Ayam - Kamal Mohd













Keheningan Pagi - Mimie Nadia













Teluk Danga - Mohd Sobri













Jambatan Kota Tinggi - Nordin Othman













Street Photo - Ikhwan Shamsudin

















Mersing _ Eddy Garcia













Vetorama - Mohd Sabree











Basikal - Bye Jury













Semoga dengan penghargaan ini, semua rakan KTG akan terus berkarya dan insya Allah karya terbaik dari anda akan kami siarkan dalam blog ini.

Sunday, July 3, 2011