Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidil Fitri untuk rakan KTG !!


untuk sampaikan Salam dan hantar e-kad Hari Raya Aidil Fitri
kepada rakan-rakan di facebook KTG !!!

Thursday, August 11, 2011

Album-album gambar menarik dalam KTG

Salam Ramadhan,

Dengan kerjasama rakan KTG pelbagai album gambar telah dipaparkan oleh rakan-rakan KTG untuk memmudahkan rakan-rakan lain merujuk & menikmati karya-karya mereka.

Diantara album yang menarik perhatian:

1) HDR -Landscape
2)HDR - Potrait
3)HDR - Compact Camera
4)Landscape
5)Edit - Manupulasi
6)Street Photo
7)Macro
8)Bunga
9)Malam
10)Panorama
11)Candid
12)Hitam Putih
13)Bokeh dan lain2 lagi.

Semua rakan-rakan KTG boleh paparkan kepakaran/ karya masing-masing dalam Album yang sedia ada atau anda juga boleh buka album baru dengan syarat bersedia untuk memasukkan sekurang-kurangnya 3 keping gambar serentak atau beransur-ansur. Pemilik Album haruslah memberikan komen dan maklumbalas dari masa kesemasa kepada semua pelawat dan karya baru dalam album tersebut.

Semoga disamping kita berkarya kita juga dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan baru dalam dunia Fotografi serta mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama kita.

-Admin KTG

Sunday, July 31, 2011

Fokus Bulan Ini - Julai 2011
















Tukang Gambar yang menjadi
FOKUS BULAN INI
kepada rakan-rakan KTG ialah: Sdr. Mohd Zaidi Bin Mohd Abidin
( lebih dikenali sebagai Eddy Garcia
) 29 tahun berasal dari Kg Salang Tioman, Pahang.

Seorang ushawan muda yang kini sedang bersama keluarganya mengusahakan perniagaan di Salang Indah Tioman .

Minatnya yang mendalam dalam bidang fotografi telah membuatkan beliau menjadi salah seorang rakan yang aktif dalam KTG.

Sepanjang Bulan Julai 2011, beliau baru saja mula menceburi seni HDR Fotografi dengan bantuan rakan KTG. Karya awalnya sangat menarik perhatian dan telah terpilih diantara gambar terbaik dari KTG untuk Bulan Julai.

Kehadiran beliau dalam facebook KTG juga buat kita tidak kering gusi dan dimasa lapangnya beliau juga sangat cergas dalam aktiviti komuniti melalui facebook Anak Mersing.